Thursday 29 August 2013

Tips Kecantikan - Petua Menghilangkan Jerawat.


Tips Kecantikan - Petua Menghilangkan Jerawat

Berikut adalah beberapa tips kecantikan untuk menghilangkan jerawat pada muka sekaligus menjadikan kulit muka anda cantik dan licin. Petua-petua ini menggunakan seratus peratus herba atau tanaman semulajadi. 



-1 biji buah Limau Nipis dihiris nipis lalu hirisan Limau digosokkan ke
muka yang berjerawat.

- 1 genggam daun Merungai segar ditumbuk lumat lalu disapukan
ke wajah sebelum tidur malam. Keesokan paginya bilas dengan air
bersih.

Daun Merunggai

- 1 jari rizom Temu Lawak dikupas kuiit, dipotong, dibasuh, direbus
dalam 4 gelas air dan dibiarkan hingga tinggal separuh. Setelah sejuk
masukkan 1 sudu besar madu, kacau rata dan tapis. Minum 1 gelas
pada waktu pagi dan 1 gelas pada waktu petang.

- 2 atau 3 inci kulit batang dan akar pokok bunga Tanjung direbus
bersama 10 helai daun bunga tanjung dengan 1 gelas air sehingga
mendidih.Sete|ah sejuk, tapis lalu diminum air rebusan.

- 2 pokok Ketumpang Air segar berukuran 7-10 cm tinggi dibasuh
bersih, direbus dengan 2 gelas air dan dibiarkan mendidih sehingga
tinggal 1 ge|as.Tapis lalu diminum kesemuanya ketika masih panas.
Lakukan 2 kali sehari, masing—masing 1 gelas (Lakukan rebusan pokok
segar setiap kali hendak diminum).
Ketumpang Air
- 20 kuntum bunga Melur, 2 jari buah Asam Jawa dan 3 g belerang
ditumbuk Iumat. Campurkan 2 sudu besar air perahan buah Limau
Nipis, lalu digaul rata. Gosokkan ramuan ke wajah yang berjerawat.
Lakukan 2 kali sehari.

- 7 helai daun Mambu dan 3 gelas air direbus sehingga airnya tinggal
1 gelas.Setelah sejuk, tapis lalu diminum kesemuanya. Lakukan 3 kali
sehari iaitu pada waktu pagi,tengahari dan petang.

- Air perahan buah Limau Nipis dicampur putih telur ayam dikacau
rata lalu disapu ke muka yang telah dibersihkan. Lakukan sebelum
tidur setiap hari selama 3 minggu berturut-turut.

- Akar Melur dikeringkan, dibasuh bersih, direbus dengan 3 gelas air
dan dibiarkan mendidih sehingga airnya tinggal 1 geias.Tapis lalu
diminum.

- Bawang Putih secukupnya dikupas kulit, dihiris nipis, diletakkan
ke wajah berjerawat dan dibiarkan beberapa minit sebelum dibilas.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Harga yang tertera di atas adalah TIDAK termasuk kos penghantaran kecuali dinyatakan.
RM 7 bagi Semenanjung Malaysia / RM 10 untuk Sabah & Sarawak